| 19 Apr 2024, 02: 09 Petang | | Suhu Kini 28°C Bahasa Malaysia | English    Carian :
Kalendar Aktiviti
 
« April 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
 123456
78910111213
1415161718
19
20
21222324252627
282930    
       

Tiada Aktiviti Direkodkan
 
 

Waktu Solat
 
 
 

Renungan
 

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

 
 

Promosi Web
 

Kementerian Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Daerah Besut

1Malaysia Inovatif

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MAMPU

Jabatan Perkhidmatan Awam

HRMIS


 

eBuletin
   

Peti Undi
  Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih.
 

Anda Pelawat Yang Ke : 28266

 
Laman Utama > Kata Aluan
Amanat Pegawai Pertanian


Amanat Pegawai Pertanian

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.


Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Besut. Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya laman web Pejabat Pertanian Daerah Besut dapat disiapkan, diadaptasikan dalam bentuk maya.


Laman web ini dibangunkan bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan dengan pertanian kepada semua golongan sasar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang pertanian.


Selain dalam usaha untuk menjadikan Daerah Besut sebagai daerah pelancongan, Pejabat Pertanian Daerah Besut juga sedang memperlengkapkan usaha untuk menjadikan Daerah Besut sebagai nadi penggerak dari "pertanian tradisional" kepada "pertanian moden", "pertanian konvensional" kepada "pertanian berteknologi", dan menjadikan "pertanian sara diri" kepada "pertanian perniagaan" sejajar dengan matlamat Y.A.B. Perdana Menteri untuk menetapkan pertanian sebagai enjin pertumbuhan ekonomi ketiga terpenting dalam pembangunan negara selepas sektor perkhidmatan dan pembuatan.


Untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan kerja-kerja luar pertanian, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan industri asas tani, secara tidak langsung akan membantu golongan sasar iaitu masyarakat tani menjana pendapatan tambahan. Jabatan Pertanian telah menyediakan bantuan peralatan dan mesin serta pengubahsuaian premis bertujuan untuk meningkatkan produktiviti. Program latihan serta motivasi diatur selaras dengan keperluan pengusaha bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan masing-masing. Di antara bidang yang diberikan penekanan termasuklah pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran, kawalan kualiti, Amalan Kebersihan yang Baik (Good Hygiene Practices), Amalan Pengilangan yang Baik (Good Manufacturing Practices) dan teknik-teknik pemprosesan yang betul. Bagi tujuan memasarkan produk, penggunaan portal Agribazaar akan diperkenalkan untuk meluaskan skop pemasaran produk-produk pertanian samada di dalam atau luar negeri.


Akhir kata, dengan adanya laman web ini akan menambahkan lagi pencetusan idea-idea baru bagi menentukan hala tuju dan masa depan pembangunan sektor pertanian di Daerah Besut dan seterusnya kemajuan industri pengeluaran makanan pertanian negara kita. Saya berharap laman web ini akan memberi manfaat kepada semua golongan sasar dan pihak kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan segala kekurangan.


Sekian, Wassalam.

 
©Pejabat Pertanian Daerah Besut, Terengganu 2010 - Hakcipta Terpelihara
Tarikh Akhir Kemaskini Laman Web: 23-11-2011
| Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Notis Perundangan | Maklumbalas | Peta Laman |