| 19 Jan 2021, 11: 14 Pagi | | Suhu Kini 28°C Bahasa Malaysia | English    Carian :
Kalendar Aktiviti
 
« Januari 2021 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
1718
19
20212223
24252627282930
31      

Tiada Aktiviti Direkodkan
 
 

Waktu Solat
 
 
 

Renungan
 

Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebagiannya

 
 

Promosi Web
 

Kementerian Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Daerah Besut

1Malaysia Inovatif

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

MAMPU

Jabatan Perkhidmatan Awam

HRMIS


 

eBuletin
   

Peti Undi
  Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih.
 

Anda Pelawat Yang Ke : 45012

 
Laman Utama > Pengumuman
  • 08-05-2016
  • PERHATIAN
    PERMOHONAN BANTUAN DANA HARI RAYA AIDILFITRI

    PERMOHONAN DANA HARI RAYA AIDILFITRI

    Permohonan Dana Hari Raya Aidilfitri akan dibuka bermula 8 Mei 2016 hingga 21 Mei 2016. Bagi pemohon baru yang tidak pernah terima pada tahun 2015, diminta membuat permohonan secara online. Manakala bagi pemohon yang telah terima pada tahun 2015, dinasihatkan membuat semakan maklumat permohonan sama ada melalui online atau melalui pengerusi JKKK masing-masing. Sebarang perubahan kategori, parlimen, dun dan kampung perlu dimaklumkan dalam tempoh masa permohonan ini dibuka.

    Adalah diingatkan supaya kesemua pemohon perlu mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pastikan maklumat permohonan adalah tepat dan lengkap.

    Bagi pemohon kategori Pendapatan Rendah/Miskin, adalah WAJIB mengisi maklumat tanggungan (anak-anak) dan maklumat pasangan (mereka yang berkahwin). Manakala yang bujang (belum pernah berkahwin), mestilah berumur 41 tahun ke atas sahaja.

    Pemohon dikalangan Ibu Tunggal/Duda adalah perlu memohon kategori Ibu Tunggal/Duda, BUKAN Pendapatan Rendah/Miskin. Maklumat permohonan perlu disertai
    maklumat tanggungan (jika ada).

    Pemohon yang telah lulus bagi permohonan Transformasi Orang Muda (TOM) dan Dana Hari Raya Cina 2016 tidak layak memohon.

    Permohonan dan semakan boleh dibuat melalui http://danattb.terengganu.gov.my .Syarat-syarat kelayakan lain juga boleh didapati melalui laman web tersebut.

    Pemohon baru perlu mencetak borang dan hantar kepada pengerusi JKKK masing-masing sebelum atau pada 21 Mei 2016.

    Kegagalan memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan ditolak.

    Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat daerah atau pejabat Agensi Transformasi Rakyat (ATRA) yang berdekatan.

    Sekian Terima Kasih



     « KEMBALI

     
    ©Pejabat Pertanian Daerah Besut, Terengganu 2010 - Hakcipta Terpelihara
    Tarikh Akhir Kemaskini Laman Web: 23-11-2011
    | Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Notis Perundangan | Maklumbalas | Peta Laman |